Matlamat Majlis Kebangsaan ini adalah :

  • Berfungsi sebagai badan induk kepada semua pertubuhan kebajikan dan pembangunan masyarakat yang telah menjadi ahli di negara ini dan menjadi wakil utama kepada badan-badan tersebut di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Membantu dan melengkapi (complement) usaha-usaha kerajaan dalam bidang kebajikan dan pembangunan masyarakat dan mengemukakan pandangan terhadap isu-isu sosial semasa untuk kebaikan umum.
  • Bekerjasama dengan ahli-ahlinya untuk mempertingkat dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan pembangunan masyarakat bagi menangani masalah-masalah sosial semasa di negara ini.
  • Membantu meninggikan mutu kerja ahli-ahlinya bagi mencapai perkhidmatan yang berkualiti.
  • Berusaha melaksana projek pembangunan masyarakat dan menjalankan penyelidikan mengenai keperluan kebajikan dan pembangunan masyarakat dan masalah yang timbul.
  • Menyediakan media yang tetap untuk pertukaran maklumat dan penyebaran maklumat di kalangan agensi kebajikan masyarakat.
  • Berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan yang secukupnya samada melalui sumbangan atau derma bagi melaksanakan segala program dan aktiviti, dan menggalakkan serta menyokong ahli-ahli menganjur rancangan kutipan derma yang sah untuk membolehkan pergerakan yang lebih mantap. Segala kutipan derma dari orang awam perlu dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
  • Menganjur, melaksana apa-apa jua program dan aktiviti yang difikirkan sesuai dan manfaat untuk pembangunan Majlis Kebangsaan dan ahli-ahlinya.
  • Bergabung dengan badan-badan antarabangsa dan rantauan yang sah didaftar yang mempunyai matlamat yang sama.