Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya sampaikan kata-kata aluan dalam laman web yang telah diperbaharui ini. Saya ingin mengucapkan Selamat Datang Ke Laman Web MAKPEM yang baru kepada semua ahli pertubuhan gabungan, jabatan serta agensi kerajaan, warga kerja MAKPEM dan semua sahabat MAKPEM. Adalah menjadi harapan saya selaku Presiden MAKPEM agar ahli-ahli gabungan di peringkat kebangsaan dan negeri-negeri akan terus meningkatkan usaha-usaha murni untuk membantu golongan kurang bernasib baik dengan memberi perkhidmatan perlindungan, jagaan, latihan dan pemulihan agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan baik.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah memberi sokongan dana dan khidmat nasihat bagi membolehkan MAKPEM meneruskan program dan ativiti latihan dalam kemasyarakatan dan menambahkan lagi manfaat kepada ahli–ahli pertubuhan gabungan serta orang ramai.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1439H,  kepada seluruh Jabatan-Jabatan Kementerian, Ahli-Ahli Gabungan MAKPEM dan muslimat muslimat di Malaysia. Semoga kita semua mendapat mendapat hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik. Semoga tahun ini memberi sinar bahagia dan kemajuan kepada semua. Semoga segala kerja kebajikan yang dilakukan dapat terus dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.

Semoga tahun 2017 menjadi tahun kecemerlangan buat seluruh warga kerja MAKPEM dan ahli-ahli gabungan MAKPEM.

Sekian.

Selamat Maju Jaya.

Y. H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim bin Haji Ibrahim.

Presiden,
Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)