Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) akan mengajurkan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP) bagi tahun 2021.

Bagi menyokong usaha kerajaan dalam membasmi wabak Covid-19, kursus ini akan dijalankan secara dalam talian. Pautan untuk menyertai kursus ini akan diberikan selepas pendaftaran. Yuran penyertaan sebanyak RM 900.00 akan dikenakan termasuk modul. Yuran boleh dibayar secara ansuran dengan bayaran pertama sebanyak RM 400.00. Baki perlu dijelaskan sebelum 15 Mac 2021/latihan praktikum.

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai, muat turun borang penyertaan (lampiran bawah), isi maklumat yang diperlukan dan kembalikan semula kepada urusetia program melalui email (training@makpem.org.my) atau whatsapp beserta bukti pembayaran pendahuluan.

Bayaran yuran boleh dibuat melalui akuan CIMB Bank MAKPEM (8000403224). Penyertaan terhad kepada 40 orang sahaja. Sebarang perubahan/pindaan tarikh dan kursus tertakluk kepada arahan semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Nombor urusetia yang boleh dihubungi :

www.wasap.my/60132096371 (Puan Zainun)
www.wasap.my/60169046481 (Puan Alia)
www.wasap.my/601123025462 (Puan Sabihah)

Terima kasih!

Kursus Asuhan Permata (KAP) 2021
Borang Penyertaan