Bangunan MAKPEM merupakan sebuah bangunan 3 tingkat yang dilengkapi dengan fasiliti mesra OKU.  Bangunan ini mempunyai Pejabat Pentadbiran, 4 Bilik Kuliah, 32 Bilik Asrama (Penginapan), Dewan Makan, Pejabat serta Surau.
Lokasi bangunan sangat strategik di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Dikelilingi dengan pelbagai fasiliti awam seperti Stesyen Bas, Stesyen LRT, Masjid dan pelbagai kedai makan serta kedai serbaguna.  Kawalan keselamatan 24 jam juga disediakan.