Pengenalan MAKPEM

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang berperanan sebagai payung kepada pelbagai pertubuhan sukarela kebajikan di Malaysia. Keanggotaan MAKPEM terdiri daripada 55 pertubuhan merangkumi 34 organisasi peringkat nasional, 12 majlis kebajikan negeri dan 9 ahli bersekutu.