SEJARAH PENUBUHAN

  TASKA PENYAYANG MAKPEM mula beroperasi pada bulan Mac 2008. TASKA ini menyediakan perkhidmatan pengasuhan harian untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan kebawah. Tujuan penubuhan TASKA ini adalah untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa di kawasan Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dalam menyediakan perkhidmatan pengasuhan yang berkualiti.

  TASKA PENYAYANG MAKPEM berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) 1984 dan peraturan-peraturan TASKA di Institusi 1993 serta diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).