PERATURAN TASKA 

Syarat kemasukan adalah seperti berikut :

  1. Kanak-kanak berumur enam (6) bulan hingga empat (4) tahun *sekiranya dibawah umur 6 bulan perlu mengemukakan surat rayuan dan bergantung kelulusan pegawai MAKPEM.
  2. Jumlah maksimum  kanak-kanak  di Taska  ialah  seramai 46 orang  sahaja dan  Sembilan (9) orang  transit *transit 4 tahun dan keatas yang berada di Taska separuh hari.
  3. Pemohonan kemasukan ke Taska boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di website makpem.org.my atau berhubung terus dengan Pengurus / Penyelia Taska.
  4. Tempahan tempat boleh dibuat dengan mengisi borang dan sekiranya ada kekosongan akan dimaklum dengan segera.

 Hari dan Waktu Operasi :

  • Beroperasi dari pukul 7.15 pagi hingga 6.00 petang hari Isnin hingga Jumaat(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum ditutup)
  • Bulan puasa Taska akan beroperasi dari pukul 7.15 pagi hingga 5.30 petang.
  • Penghantaran / pengambilan luar dari masa operasi akan dikenakan caj lebih masa secara automatik sebanyak RM 10.00/jam.Bayaran perlu dijelaskan pada hujung bulan.

Makanan Dan Minuman Seimbang :

Pemakanan adalah komponn penting untuk mengekalkan kesihatan. Amalan pemakanan yang baik perlu bermula sejak dari peringkat bayi lagi memlalui pemberian susu ibu. Amalan pemakanan yang optimum dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio emosi. Terdapat sembilan (9) panduan pemakanan di Taska iaitu :

Panduan 1

Beri bayi susu ibu sahaja. Tanpa air, susu tambahan atau makanan lain kepada bayi sehingga berumur enam (6) bulan ke atas.

Panduan 2

Beri makanan pelengkap kepada bayi bermula usia enam (6) bulan (180 hari) namun penyusuan ibu harus diteruskan sehingga bayi berumur dua (2) tahun.

Panduan 3

Beri makanan yang mencukupi bagi ememnuhi keperluan tenaga bayi dan kanak-kanak. Tingkatkan kuantiti mengikut umur.

Panduan 4

Perkenalkan pelbagai jenis makanan kepada bayi dan kanak-kanak. Kepelbagaian makanan dapat membekalkan tenaga dan nutrient yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Panduan 5

Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan mereka.

Panduan 6

Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur

Panduan 7

Amalkan pemberian makanan yang sesuai

Panduan 8

Amalkan penyediaan yang bersesuaian, pengendalian dan peyimpanan makanan yang selamat.

Panduan 9

Berikan penjagaan yang khusus semasa kanak-kanak sakit.


Peralatan Yang Perlu Dibekalkan

Setiap pagi kanak-kanak hadir dengan berpakaian seragam lengkap dari rumah. PERHATIAN : (2 ), ( 3 ) dan ( 4 ) ditinggalkan di Taska. Di minta ibu bapa melabelkan ke semua peralatan atas nama kanak-kanak.

  1. Pakaian yang sesuai untuk kanak-kanak (4 set sehari)
  2. Berus gigi, sabun mandi dan keperluan lain
  3. Susu, botol susu, dan nestum untuk bayi 18 bulan ke bawah
  4. Bedak, losyen, sikat dan syampu
  5. Tuala perlu ditukar 2 hari sekali
  6. Plastik untuk pakaian kotor. Pakaian kotor akan dikembalikan kepada ibu bapa pada setiap hari. Sila sediakan plastik/beg kecil bagi mengisi pakaian kotor setiap hari.

*Dilarang membawa barang-barang peribadi seperti barang permainan, barangan merbahaya atau barang kemas dan barang berharga. Pihak Taska tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan / kehilangan barang tersebut.


 Cuti

Taska akan memberikan senarai cuti tahunan dan diharapkan ibu bapa akan mematuhinya. Jika cuti termasuk cuti sekolah/cuti bersalin, maka bayaran yang dikenakan seperti biasa.


 Kesihatan

Taska mengambil berat akan kesihatan kanak-kanak. Ibu bapa dinasihatkan untuk membawa kanak-kanak ke klinik terlebih dahulu sekiranya didapati kurang sihat. Ini adalah untuk mengelakkan agar penyakit tidak berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Sekiranya kanak-kanak secara tiba-tiba kurang sihat di Taska, pihak Taska akan menghubungi ibu bapa dan dengan kebenaran ibu bapa, pihak Taska akan membawa kanak-kanak ke klinik terdekat dan bayaran klinik akan dituntut semula dari ibu bapa.

Di samping mewujudkan suasana yang menggalakkan pembelajaran serta perkembangan yang menyeluruh kanak-kanak yang diasuh, pihak taska akan memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.

  1. Ibubapa perlu memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat, tidak demam atau cedera ketika dihantar setiap pagi.
  2. Salinan buku suntikan kanak-kanak terkini adalah wajib diserahkan kepada pihak Taska.
  3. Pihak Taska akan membuat pemeriksaan pada setiap pagi dan jika didapati kanak-kanak dalam keadaan kurang memuaskan pihak taska berhak tidak menerima kanak-kanak pada hari tersebut dan perkara ini akan dicatat dalam buku log harian kanak-kanak.
  4. Pihak Taska boleh bertindak dengan serta merta untuk TIDAK MENERIMA kanak-kanak yang demam panas atau disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti :
  • Beguk (Mumps)
  • Cacar air (Chicken pox)
  • Campak (Measles)
  • Sakit Mata (Conjunctivitis)
  • Tangan,Kaki & Mulut (HFMD)
  • Muntah & Cirit Birit dan lain-lain yang difikirkan perlu.
  1. Pihak Taska akan menghubungi ibu bapa jika terdapat kanak-kanak yang demam atau cedera dan ibubapa dikehendaki datang dan membawa anak mereka mendapatkan rawatan dengan segera. Sementara menunggu kedatangan ibubapa/penjaga, kanak-kanak tersebut akan di hantar ke bilik kuarantin.
  2. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang serius, pihak taska akan membawa kanak-kanak tersebut mendapatkan rawatan di klinik berdekatan secepat mungkin dan kos perbelanjaan ditanggung oleh ibubapa.
  3. Kanak-kanak yang disahkan Doktor menghidap satu dari penyakit berjangkit diatas, sebelum boleh dihantar ke Taska hendaklah dirawat dirumah dengan pengawasan rapi ibubapa.
  4. Pihak Taska akan mematuhi arahan KKM jika berlakunya penutupan Taska sebagai satu langkah mencegah penularan penyakit berlaku.

Pengambilan Kanak Kanak

Kanak-kanak tidak akan diserahkan kepada mana-mana ahli keluarga oleh pihak Taska KECUALI DENGAN KEBENARAN BERTULIS daripada ibu bapa.