KURSUS ASUHAN PERMATA

Matlamat Kursus

Kursus Pendidik PERMATA bertujuan untuk memberi peluang kepada semua pendidik yang sedang berkhidmat di TASKA di seluruh negara atau bakal pendidik untuk mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak atau Kursus Asuhan PERMATA bagi memberi mereka kefahaman untuk melaksanakan Program PERMATA Negara.

Kandungan Kursus ini adalah berteraskan kepada falsafah dan objektif Dasar Asuhan dan Dididkan Awal Kanak-kanak Kebangsaan; iaitu :-

  1. Memperkenalkan Kurikulum PERMATA Negara sebagai Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak Kebangsaan yang akan digunapakai di TASKA;
  2. Memberi pengetauan dan kemahiran berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang bersesuaian kepada pendidik;
  3. Menambahbaik program asuhan sedia ada dengan memasukkan aspek-aspek pendidikan awal yang bersesuaian dengan perkembangan awal kanak-kanak; dan
  4. Meningkatkan kompetensi dan kemahiran pendidik dalam aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak.

Objektif Kursus

  1. Memberi latihan yang bersesuaian kepada semua pendidik TASKA atau calon pendidik dari agensi kerajaan atau pun swasta dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak;
  2. Menyediakan modul latihan yang komprehensif; meliputi teori, kemahiran, aplikasi pengurusan dan amali bagi membantu pendidik menjadi seorang yang professional dan dapat melaksanakan Kurikulum PERMATA Negara dengan baik dan efektif; dan
  3. Memastikan pendidik yang mengikuti kursus ini dapat memahami dan seterusnya boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berhubung aspek pengasuhan dan pendidkan awal kanak-kanak di TASKA.