Category: Aktiviti Terkini

BAHAGIAN 4 – LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR MAKPEM KE BANDUNG-JAKARTA INDONESIA PADA 31 MAC HINGGA 03 APRIL 2016.

Perjalanan hari keempat, selesai bersarapan di Hotel Mercure ahli rombongan bersedia untuk berangkat ke Malaysia. Perjalanan dari Hotel Mercure ke Soekarno Hatta International Airport memakan masa lebih kurang 30 minit. Dan mengikut waktu penerbangan asal, penerbangan dari Jakarta ke Malaysia adalah pada jam  01:00 tengahari. Sewaktu perjalanan menuju ke lapangan terbang, ahli rombongan diberi peluang untuk berucap tanda penghargaan sepanjang lawatan kerja ini dibuat. Beberapa maklumbalas positif diterima dan ada yang mengusulkan supaya lawatan kerja seperti ini dibuat lagi pada masa yang akan datang. Selepas selesai mendaftar masuk di lapangan terbang, ahli rombongan diberikan kebebasan untuk bersiar-siar di sekitar sementara...

Read More

Bahagian 3 – Lawatan Kerja Sambil Belajar MAKPEM Ke Bandung-Jakarta Indonesia pada 31 Mac hingga 03 April 2016.

Lawatan kerja MAKPEM hari ketiga diteruskan lagi dengan melawat destinasi kedua di Indonesia iaitu Jakarta. Jakarta merupakan ibu kota negara Republik Indonesia. Jakarta merupakan satu-satunya kota di Indonesia yang memiliki status setingkat provinsi. Jakarta terletak di Tatar Pasundan, bahagian barat laut Pulau Jawa. Usai bersarapan di Ivory Hotel, rombongan kerja MAKPEM bergerak dari Bandung ke Jakarta pada jam 8.00 pagi. Sebelum bergerak terus ke Jakarta, rombongan kerja MAKPEM singgah sebentar di Prima Rasa. Ia merupakan sebuah kedai yang menjual pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang mahupun untuk dimakan terus. Antara juadah utama yang dijual disini ialah kek lapis dan brownies yang terdapat dalam pelbagai...

Read More

Bahagian 2 – Lawatan Kerja Sambil Belajar MAKPEM Ke Bandung-Jakarta Indonesia pada 31 Mac hingga 03 April 2016.

Bahagian 2 – Lawatan Kerja Sambil Belajar MAKPEM Ke Bandung-Jakarta Indonesia 2016, pada 31 Mac hingga 03 April 2016. Part 2 (Sesi Pertama)-Perjalanan rombongan bagi hari kedua diteruskan dengan melawat Posdaya Plamboyan yang terletak di Lembang.Ia merupakan pusat komuniti yang menjalankan kegiatan kekeluargaan. Posdaya memiliki berbagai bidang kegiatan seperti bidang kesihatan, pendidikan dan ekonomi/perusahaan untuk mendorong mencapai tujuan pembangunan abad baru. Peserta rombongan turut berpeluang melihat penghasilan kerepek dan ‘bank sampah’, dimana kesemua sampah akan dikumpulkan dan akan membuat pertukaran untuk mendapatkan beras. Rombongan turut disajikan dengan persembahan dari kanak-kanak di Posdaya. Presiden MAKPEM, Dato’ Sri Haji Halim turut memberikan...

Read More

Lawatan Kerja Sambil Belajar MAKPEM Ke Bandung-Jakarta Indonesia 2016, pada 31 Mac hingga 03 April 2016

Bahagian 1-Lawatan Kerja Sambil Belajar MAKPEM Ke Bandung-Jakarta Indonesia 2016, pada 31 Mac hingga 03 April 2016. Bahagian 1-Rombongan yang melibatkan 25 orang peserta dari Persatuan Kebajikan dari seluruh Malaysia dan diketuai Oleh Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Hj Halim Bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM Malaysia. Rombongan tiba di Lapangan Terbang Hussein Satranegara, Bandung pada jam 04:30 waktu Indonesia dan terus menuju ke Ivory Hotel. Pada sebelah malam, rombongan MAKPEM menerima tetamu kehormat dari Indonesia iaitu Prof. Haryono Suyono bagi membincangkan isu-isu kebajikan antara Malaysia dan Indonesia dan memberikan pengenalan mengenai MAKPEM dan institusi kebajikan di...

Read More