Category: Aktiviti Terkini

PROJEK JALINAN KERJASAMA ANTARA AGENSI (NGO) – GOTONG ROYONG

Kebersihan dan keceriaan adalah dua aspek penting bagi memastikan keselesaan kita untuk berada di MAKPEM. Perkara ini juga amat dititik beratkan oleh YH. Dato’ Sri Presiden dan Pegawai-Pegawai Majlis. Sehubungan itu, satu aktiviti Gotong Royong Projek Jalinan Kerjasama Antara Agensi (NGO) telah diadakan yang melibatkan kawasan sekitar, dalam bangunan MAKPEM dan Taska Komuniti Penyayang MAKPEM. Aktiviti pembersihan MAKPEM ini telah diadakan pada 18 November 2017. Aktiviti gotong-royong kali ini melibatkan seramai 16 sukarelawan termasuk pensyarah dari Kolej Professional Mara, Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan. Seramai Gotong royong kali ini melibatkan kerja-kerja membersihkan sekitar bangunan MAKPEM dan pejabat pentadbiran MAKPEM. Antaranya menyapu...

Read More

LAWATAN KERJA PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN SRI LANKA

Sekumpulan pegawai kerajaan Sri Lanka yang melancarkan Yayasan Sri Lanka melawat Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan, Malaysia (MAKPEM) di Bandar Baru Sentul pada 13 Oktober 2017. Mereka dalam lawatan lapan hari ke Malaysia, melawat Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat dan beberapa agensi lain di sini serta perjalanan lawatan mereka dimudahkan oleh Open University Malaysia (OUM). Di MAKPEM, mereka diberi gambaran ringkas tentang falsafah, latar belakang dan aktiviti sejarah oleh Presiden, Y.H Dato ‘Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim, dan kemudian dibawa melawat Taska Penyayang MAKPEM....

Read More

LARIAN AMAL MAKPEM ‘FUN RUN’ 2017 @ BOTANICAL GARDEN, KUALA LUMPUR

[05 Ogos 2017 Perdana Botanical Garden, Kuala Lumpur] – Larian Amal MAKPEM ‘Fun Run’ 2017. Larian ini telah mendapat dana dan kerjasama daripada Genting (M) Malaysia Berhad, Widad Business Group, Hospital Kuala Lumpur (Bahagian Kecemasan dan Trauma), ANLIP LK, Pengurusan Jawatankuasa Tertinggi MAKPEM, Ahli-Ahli Gabungan MAKPEM, Warga Kerja MAKPEM serta semua yang mengambil bahagian. Seawal jam 07.00 acara telah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan seterusnya peserta dilepaskan dengan bunyian hon oleh Presiden MAKPEM, YH Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim bersama-sama Y.H. Dato’ Sri Kay Prakash (Vice President, Corporate Genting Malaysia), Y.H. Dato’ Mohd Rizal Mohd Jaafar...

Read More

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN MAKPEM KALI KE-39

Menjadi tanggungjawab MAKPEM selaku pertubuhan berdaftar untuk mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan pada setiap tahun. Bagi tahun 2017, Mesyuarat Agung Tahunan MAKPEM telah diadakan pada 29 Julai 2017 bertempat di Hotel M.S Garden (Grand Darul Makmur), Pahang Darul Makmur. Mesyuarat dimulakan pada jam 0930 pagi dan dipengerusikan oleh Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim selaku Presiden MAKPEM. Mesyuarat ini dihadiri oleh perwakilan yang mewakili ahli-ahli gabungan MAKPEM dari seluruh negeri. Pada tahun ini juga, terdapat sesi pemilihan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan bagi penggal 2017-2020. Warga kerja MAKPEM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat barisan...

Read More