Pada sebelah petang 14 Disember 2017, Mesyuarat Majlis Kerja Kali Ke-2/2017 MAKPEM telah diadakan di Bilik Kuliah 1 & 2, Institut Latihan MAKPEM.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Presiden MAKPEM, Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim dan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM serta wakil ahli-ahli pertubuhan gabungan di bawah MAKPEM.

Presiden MAKPEM mengalu-alukan kehadiran kesemua ahli gabungan pada mesyuarat ini.