Majlis Perasmian Penutup Kursus Asuhan Permata (KAP) bagi sesi 2017, yang telah diadakan pada 08 Disember 2017 bertempat di Institut Latihan MAKPEM, Bandar Baru Sentul. Kursus ini telah diadakan sebanyak 4 bahagian yang telah dipecahkan kepada 4 bulan.

Kursus Asuhan Permata (KAP) ;
Bahagian 1 ; 11 – 15 Sept
Bahagian 2 ; 9 – 13 Okt
Bahagian 3 ; 6 – 10 Nov
Bahagian 4 ; 4 – 08 Dis

Pada bahagian 4 Kursus Asuhan Permata ini, peserta diwajibkan untuk menjalani latihan praktikum di taska-taska terpilih dan pada sesi akhir nanti, peserta akan menjalani ujian.

Setiausaha Agung Kehormat MAKPEM, Pn. Salmah Binti Nordin telah dijemput untuk menyampaikan sijil kepada para peserta.
MAKPEM mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang sentiasa memberikan komitmen dan juga ucapan terima kasih atas saguhati yang diberikan oleh peserta kursus kepada MAKPEM untuk kegunaan peserta kursus pada masa akan datang.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat digunakan pada masa akan datang dan berjumpa kita di kursus-kursus yang seterusnya.
Selamat Maju Jaya!