10 Disember 2017, bertempat di Bilik Kuliah Besar Institut Latihan MAKPEM. Satu Majlis Penyampaian Sijil bagi meraikan anak-anak berusia 4 tahun Taska Komuniti Penyayang Makpem telah diadakan.

Naib Presiden MAKPEM, Dato’ Hajah Shamsiah Binti Abdul Rahman, Setiausaha Agung Kehormat, Puan Salmah Binti Nordin serta Wakil JKM telah dijemput bagi menyempurnakan majlis.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh anak-anak taska serta persembahan fashion show yang diiringi oleh ibu bapa.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM, kakitangan MAKPEM, para pendidik, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Penyampaian Sijil 2017 Taska Komuniti Penyayang MAKPEM.