Kebersihan dan keceriaan adalah dua aspek penting bagi memastikan keselesaan kita untuk berada di MAKPEM. Perkara ini juga amat dititik beratkan oleh YH. Dato’ Sri Presiden dan Pegawai-Pegawai Majlis. Sehubungan itu, satu aktiviti Gotong Royong Projek Jalinan Kerjasama Antara Agensi (NGO) telah diadakan yang melibatkan kawasan sekitar, dalam bangunan MAKPEM dan Taska Komuniti Penyayang MAKPEM. Aktiviti pembersihan MAKPEM ini telah diadakan pada 18 November 2017.

Aktiviti gotong-royong kali ini melibatkan seramai 16 sukarelawan termasuk pensyarah dari Kolej Professional Mara, Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan. Seramai Gotong royong kali ini melibatkan kerja-kerja membersihkan sekitar bangunan MAKPEM dan pejabat pentadbiran MAKPEM. Antaranya menyapu dan mengemas pokok-pokok di sekitar laman MAKPEM, membuat kemasan di pejabat pentadbiran dan membersihkan tandas serta surau lelaki dan perempuan. Selesai kerja pembersihan, kesemua sukarelawan menerima segulung sijil penghargaan, sehelai t-shirt, sebuah buku bertajuk ‘Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada’ hasil coretan Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.