Majlis Perasmian Penutup Kursus Pertumbuhan, Perkembangan dan Penjagaan Kanak-Kanak yang telah diadakan pada 17 November 2017 bertempat di Insitut Latihan MAKPEM, Bandar Baru Sentul. Kursus ini telah diadakan selama satu minggu bermula pada 13 – 17 November 2017.

Setiausaha Agung Kehormat Presiden MAKPEM, Puan Salmah Binti Nordin telah dijemput untuk menyampaikan sijil kepada para peserta.

MAKPEM mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang sentiasa memberikan komitmen dan juga ucapan terima kasih atas saguhati yang diberikan oleh peserta kursus kepada MAKPEM untuk kegunaan pada masa akan datang.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat digunakan pada masa akan datang dan berjumpa kita di kursus-kursus yang seterusnya.

Selamat Maju Jaya!