Sesi suai kenal kursus hari pertama yang dikendalikan oleh Pegawai Eksekutif Latihan dan Pentadbiran MAKPEM, Puan Nor Imani Bt Mat Sulaiman.

Kursus yang dijalankan selama 5 hari bermula pada 25 – 29 September 2017, melibatkan Kursus Pertumbuhan, Perkembangan dan Penjagaan Kanak-Kanak & Kursus Penjagaan dan Bimbingan Kanak-Kanak Kurang Upaya.

Antara pengisian sesi ini ialah pengenalan MAKPEM kepada semua pelajar, sesi pengenalan diri diantara pelajar, pelantikan penghulu bagi setiap kursus dan permainan mencipta logo kumpulan. Selamat berkursus buat semua.