[05 Ogos 2017 Perdana Botanical Garden, Kuala Lumpur] – Larian Amal MAKPEM ‘Fun Run’ 2017.

Larian ini telah mendapat dana dan kerjasama daripada Genting (M) Malaysia Berhad, Widad Business Group, Hospital Kuala Lumpur (Bahagian Kecemasan dan Trauma), ANLIP LK, Pengurusan Jawatankuasa Tertinggi MAKPEM, Ahli-Ahli Gabungan MAKPEM, Warga Kerja MAKPEM serta semua yang mengambil bahagian.

Seawal jam 07.00 acara telah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan seterusnya peserta dilepaskan dengan bunyian hon oleh Presiden MAKPEM, YH Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim bersama-sama Y.H. Dato’ Sri Kay Prakash (Vice President, Corporate Genting Malaysia), Y.H. Dato’ Mohd Rizal Mohd Jaafar (Group Chief Executive Officer, Widad Business Group), Y. Bhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Haji Abu Hassan (HOD – Emergency &Trauma, HKL) dan Y.H Dato’ Muhamad Zaili Muhammad Yusof (Timb. Pengerusi ANLIP LK). Dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori normal sejauh 5km dan OKU 2.0km.

Sesi penyampaian trofi serta persembahan musik dan cabutan bertuah turut memeriahkan lagi acara ini. Larian Amal MAKPEM ‘Fun Run’ ini tamat dengan jayanya pada jam 11.00 pagi.

Presiden MAKPEM, Y.H Dato’ Sri Haji Halim turut berharap dan menyeru agar kerjasama dan sokongan masyarakat terhadap program-program amal anjuran MAKPEM akan terus disokong, ujarnya di dalam ucapan perasmian.