Menjadi tanggungjawab MAKPEM selaku pertubuhan berdaftar untuk mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan pada setiap tahun. Bagi tahun 2017, Mesyuarat Agung Tahunan MAKPEM telah diadakan pada 29 Julai 2017 bertempat di Hotel M.S Garden (Grand Darul Makmur), Pahang Darul Makmur.

Mesyuarat dimulakan pada jam 0930 pagi dan dipengerusikan oleh Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim selaku Presiden MAKPEM. Mesyuarat ini dihadiri oleh perwakilan yang mewakili ahli-ahli gabungan MAKPEM dari seluruh negeri.

Pada tahun ini juga, terdapat sesi pemilihan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan bagi penggal 2017-2020. Warga kerja MAKPEM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat barisan baru Pegawai-Pegawai MAKPEM yang bakal menerajui sehingga tahun 2020 dan tidak lupa juga, ucapan penghargaan terima kasih buat barisan Pegawai-Pegawai terdahulu di atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan.