Bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan, pada setiap tahun akan diadakan satu Jamuan Makan Malam perasmian. Jamuan makan malam ini telah diadakan pada 28 Julai, 2017 bertempat di Hotel M.S Garden (Grand Darul Makmur) Kuantan, Pahang Darul Makmur. Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang menjadi tuan rumah bagi Perhimpunan Agung Tahunan ini.

Majlis makan malam ini bertujuan meraikan perwakilan-perwakilan ahli gabungan MAKPEM yang datang dari seluruh Negeri dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan di Negeri Pahang. Ianya telah dihadiri dan dirasmikan oleh YB. Dato’ Shahniza Binti Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan tarian, nyanyian dan cabutan bertuah yang diadakan dengan penuh meriah.