KUNJUNGAN MUHIBBAH KEPADA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG-ORANG TERENCAT AKAL, WISMA HARAPAN

24 Mei 2017 (Rabu) – Satu Kunjungan Muhibbah MAKPEM Kepada Timbalan Presiden, Majlis Kebangsaan Bagi Orang-Orang Terencat Akal Malaysia, Wisma Harapan Yang Terdiri Daripada En. Baharudin Bin Abu Kasim (Deputy President), Datuk Bazain Bin Haji Idris (Vice President), Puan Veni (Timbalan Pengurus) Dan Puan Noriza Binti Awaludin (Pembantu Pentadbiran).

Presiden MAKPEM, Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim Mengetuai Kunjung Hormat Diiringi Naib Presiden MAKPEM, Y. Bhg. Dato’ MahHassan Bin Haji Omar Bersama-Sama Bendahari Agung Kehormat, The Revd. Canon Samuel D. John Dan En. Teoh Ai Hua, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Dan Puan Nor Imani Binti Mat Sulaiman, Pegawai Eksekutif MAKPEM. Mesyuarat Bermula Pada Jam 10.00 Pagi Dimulakan Dengan Ucapan Aluan Dan Taklimat Daripada Wakil Wisma Harapan Dan Presiden MAKPEM Memperkenalkan Rombongan Pegawai-Pegawai Dari MAKPEM, Seterusnya Sesi Perbincangan Dimulakan.



MAKPEM Juga Membuat Lawatan Dari Kelas Ke Kelas Dan Beramah Mesra Dengan Beberapa Pelajar Di Sana Dan Presiden MAKPEM Memberikan Sedikit Saguhati Kepada Mereka. MAKPEM Mengucapkan Terima Kasih Kepada Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Bagi Orang-Orang Terencat Akal Malaysia Kerana Menerima Kunjungan Muhibbah Dari MAKPEM Dan Semoga Saling Terus Bekerjasama Pada Masa Akan Datang.