Seminar Kebangsaan MAKPEM 2017 : “SOCIAL PROTECTION &
SUSTAINABLE DEVELOPMENT – EMPOWERING OLDER PERSONS” Pada 08 April 2017 (Sabtu) Bertempat Di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

08 April 2017 – Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) telah mengadakan Seminar Kebangsaan MAKPEM 2017, “Social Protection & Sustainable Development – Empowering Older Persons”

Majlis berbesar hati kerana Seminar Kebangsaan ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta diakhiri dengan Majlis Penutup Seminar Kebangsaan oleh YB. Datuk Dr. Rose Lena Bt. Lazemi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Turut hadir sama pada Seminar Kebangsaan ini ialah Presiden MAKPEM, Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim bersama-sama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi MAKPEM, Ahli-Ahli Gabungan MAKPEM yang datang dari seluruh Negara termasuk tetamu-tetamu kehormat iaitu Menteri, Ketua Pengarah Jabatan dan Badan Korporat serta Pegawai-Pegawai MAKPEM.

Presiden MAKPEM, Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim berkata objektif utama Seminar Kebangsaan ini ialah :-

Untuk menyediakan satu forum bagi membincangkan cabaran dan peranan yang perlu dimainkan oleh semua iaitu kerajaan, Pertubuhan Kebajikan Sukarela (PKS) dan masyarakat dalam memartabatkan kesejahteraan warga emas, selaras dengan usaha negara menyusun atur polisi berkaitan perlindungan sosial (Social Protection) dan Sustainable Development Goals (SDGs), serta persiapan negara menghadapi cabaran Negara Penuaan (Aged Nation) menjelang 2035. 

Objektif khusus Seminar Kebangsaan:

  1. Mendedahkan para peserta kepada harapan kerajaan serta cabaran terhadap peranan PKS menghadapi Negara penuaan.
  2. Mewujudkan ‘platform’ untuk berkongsi maklumat mengenai tindakan positif khususnya terhadap warga emas dalam pembangunan masyarakat.
  3.  Mewujudkan jaringan komunikasi dan interaksi di kalangan peserta dalam mengeratkan hubungan PKS.


.


PERBINCANGAN PANEL I

PENGERUSI : Y. Bhg. Datuk Dr. Denison Jayasooria 

PANEL 1 : Dr. Sergei Zelenev, Executive Director, International Council on Social Welfare (ICSW) – Promoting The Dignity And Worth Of Older Persons.

PANEL 2 : En. Muhammad Bin Idris, Pengarah Seksyen Pengagihan, EPU – SGDs And Older Persons In Malaysia

PANEL 3 : Y. Bhg. Prof Datuk Dr. Norma Binti Mansor, Faculty Of Economics And Administration, Universiti Malaya – Social Protection For Older Persons.


SIDANG MEDIA – Sesi Soal Jawab Bersama YB. Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


RUANGAN PAMERAN YANG DISEDIAKAN, ANTARA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PAMERAN INI IALAH :

  1. MAJLIS KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KEBANGSAAN MALAYSIA (MAKPEM)
  2. MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA (MPKSM)
  3. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)


PERBINCANGAN PANEL II

PENGERUSI : Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Baba

PANEL 1 : En. Zulkifli Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat – Memperkasakan Sukarelawan Dan PSK

PANEL 2 : Y. Bhg. Datuk Dr. Soon Ting Kueh, Presiden NASCOM – Peranan Komuniti Dalam Pembangunan Warga Emas.

PANEL 3 : Y. M Prof Dr. Tengku Aizan Bt Tengku Ab Hamid – Perancangan Dan Strategi Persediaan Penuaan Penduduk


BARISAN URUSETIA