Sesi suai kenal kursus hari pertama yang dikendalikan oleh Pegawai Eksekutif Latihan dan Pentadbiran MAKPEM, Puan Nor Imani Bt Mat Sulaiman.

Kursus yang dijalankan selama seminggu bermula 3 hingga 7 April 2017 melibatkan Kursus Jagaan dan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran dan Kursus Asas Proses Menolong.

Antara pengisian sesi ini ialah sesi pengenalan diri diantara pelajar, pelantikan penghulu bagi setiap kursus dan permainan kotak beracun.

[SESI SUAI KENAL]-Permainan Kotak Beracun.

Muzik beserta bola akan dimainkan dan akan diberhentikan secara rawak kepada semua peserta. Setiap peserta perlu mengenalkan diri dan diminta untuk melakukan aktiviti sepertimana didalam arahan yang dicabut melalui kotak beracun. Permainan ini secara tidak langsung dapat membuatkan peserta saling mengenali antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat persahabatan disamping membuatkan peserta tampak lebih berani untuk maju kehadapan.