09 Mac 2017-Bertempat di Institut Latihan MAKPEM, satu aktiviti latihan kebakaran telah diadakan untuk para pekerja MAKPEM dan pendidik Taska Penyayang MAKPEM bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul.

Latihan yang berlangsung hampir 30 minit ini mengajar kesemua pekerja MAKPEM dan pendidik Taska cara penggunaan alat pemadam api dengan betul dan tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di sekitar Institut Latihan dan Taska Penyayang MAKPEM.