3 – 5 Mac 2017, Sambutan Hari Keluarga MAKPEM 2017 telah diadakan di Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka. Ia merupakan aktiviti dan acara keluarga bagi merapatkan hubungan kekeluargaan disamping mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan antara keluarga dan kakitangan MAKPEM.


Pada hari pertama, acara dimulakan dengan melawat tapak projek penentasan/pemeliharaan penyu dan seterusnya acara sukan pantai iaitu permainan bola tampar lelaki dan perempuan. Pada masa sama, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak diadakan di dewan makan. Pada sebelah malam, acara dimulakan dengan sesi solat maghrib dan isyak secara berjemaah dan bacaan yassin dan tahlil. Seterusnya, makan malam dan sesi suai kenal serta permainan bola beracun.


Hari kedua bermula dengan sesi memanaskan badan sebelum bermulanya acara sukaneka. Kesemua dibahagikan kepada 5 kumpulan dan sukaneka dimulakan dengan berselang-seli antara sukaneka dewasa dan kanak-kanak. Acara penutup sukaneka diakhiri dengan acara baling telur antara pasangan. Pada sebelah malam, sesi penyampaian hadiah sukaneka dan pertukaran hadiah antara kakitangan MAKPEM telah diadakan dan diakhiri dengan sesi karaoke.


Hari terakhir, para rombongan diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti santai sebelum kesemuanya berangkat pulang.

MAKPEM merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samaada secara langsung ataupun tidak langsung, semoga kita dapat berkumpul lagi pada masa akan datang.


“Masak Gulai Dalam Kawah,
Untuk Hidangan Di Tengahari,
Berkumpul Kita Mengeratkan Ukhwah,
Salah Dan Silap Harap Dimaafi”