Pada 31 Januari 2017 (Selasa), Satu Kunjung Hormat MAKPEM Kepada YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Telah Diadakan Di Tingkat 14, Pejabat Exco, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Presiden MAKPEM, Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim Mengetuai Kunjung Hormat Diiringi Timbalan Presiden MAKPEM, Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah Binti Sulieman Dan Pegawai-Pegawai MAKPEM. Mesyuarat Bermula Pada Jam 04.00 Petang, Dimulakan Dengan Presiden MAKPEM Memperkenalkan Rombongan Pegawai-Pegawai Dari MAKPEM, Seterusnya Sesi Perbincangan Dimulakan.

MAKPEM Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi Atas Kesudiannya Meluangkan Masa Bersama-Sama Dalam Kunjung Hormat Ini. Semoga MAKPEM Dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Akan Terus Saling Bekerjasama Pada Masa Akan Datang.


IMG_7010IMG_7013IMG_7001IMG_7005IMG_7006IMG_7011