Kebersihan dan keceriaan adalah dua aspek penting bagi memastikan keselesaan kita untuk berada di MAKPEM. Perkara ini juga amat dititik beratkan oleh YH. Dato’ Sri Presiden dan Pegawai-Pegawai Majlis. Sehubungan itu, satu aktiviti Gotong Royong Perdana telah diadakan yang melibatkan kawasan sekitar, dalam bangunan dan Taska Komuniti Penyayang MAKPEM. Aktiviti pembersihan perdana MAKPEM ini telah diadakan pada 12 March 2016.

IMG_3985IMG_4003 IMG_3993IMG_3995 IMG_3997IMG_4000

Gotong royong kali ini melibatkan kerja-kerja mengecat dan membersihkan sekitar bangunan MAKPEM dan Taska Penyayang MAKPEM, antaranya mengecat keseluruhan pembahagi jalan di dalam MAKPEM, mengecat pintu bilik kuliah dan tandas serta surau lelaki dan perempuan. Selesai kerja pembersihan, kesemua sukarelawan menerima segulung sijil penghargaan dan sebuah buku bertajuk ‘Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada’ hasil coretan Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

IMG_4036IMG_4047IMG_4048IMG_4051IMG_4058IMG_4060