Perjalanan hari keempat, selesai bersarapan di Hotel Mercure ahli rombongan bersedia untuk berangkat ke Malaysia. Perjalanan dari Hotel Mercure ke Soekarno Hatta International Airport memakan masa lebih kurang 30 minit. Dan mengikut waktu penerbangan asal, penerbangan dari Jakarta ke Malaysia adalah pada jam  01:00 tengahari. Sewaktu perjalanan menuju ke lapangan terbang, ahli rombongan diberi peluang untuk berucap tanda penghargaan sepanjang lawatan kerja ini dibuat. Beberapa maklumbalas positif diterima dan ada yang mengusulkan supaya lawatan kerja seperti ini dibuat lagi pada masa yang akan datang. Selepas selesai mendaftar masuk di lapangan terbang, ahli rombongan diberikan kebebasan untuk bersiar-siar di sekitar sementara menunggu waktu berlepas. Pesawat Malindo OD 315T selamat mendarat ni Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur II pada jam 5.30 petang waktu Malaysia. Setibanya di lapangan terbang, ahli rombongan menerima sebungkus ole-ole iaitu kek brownies sumbangan daripada En. Fauzy dan kesemua ahli rombongan beredar menuju ke rumah masing-masing.

IMG_4679IMG_4669IMG_4671IMG_4674

IMG_4686IMG_4684IMG_4674 IMG_4672


SEKALUNG PERHARGAAN

&

TERIMA KASIH

1. Q Partner Travel And Tours Sdn Bhd

2. Dewan Nasional Indonesia Untuk Kesejahteraan Sosial (DNIKS)

3. Regional Council on Social Welfare of West Java

4. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim

5. Persatuan-Persatuan Kebajikan di Bandung-Jakarta, Indonesia

6. Delegasi-Delegasi Yang Terlibat Sepanjang Lawatan Diadakan

7. Warga Kerja MAKPEM